Thursday, September 1, 2016

Prolog

Cik Kiah;
I am here now.
Sick of crying. Tired of trying.
Yes, I am smiling.
But inside, I am dying.
               
Matahari memancar dengan terangnya. Bilah-bilah cahaya menerobos celahan dedaunan pokok-pokok yang tinggi melangit. Cuaca cerah. Langit indah. Angin pagi yang mendamaikan hati. Dan aku?
                Menghitung masa untuk terbang ke udara, mencabar diri untuk berani menghadapi kenyataan hidup ini!
                Bila-bila masa kau akan mati hanya bila sampai masa dan tikanya.
                Pulau Gaya ke Pulau Sapi, dengan jarak sejauh 250 meter.
Dengan harapan juga, jantung aku akan selamat berdengup lagi selepas itu.
                Nafas aku hela dengan perlahan. Segaris senyuman terlukis pada bibir. Aku orang yang pertama akan melakukan aksi lasak ini. Aku yang sukarela, bukannya dipaksa walau ada siulan sumbang mula menggangu fokus itu.
                Pedulikan, Kiah!
                Kiah, kan kuat semangat!
                Kiah,kan tidak lemah!
                Kiah,kan bukan penakut!
                Mati tu bila-bila masa, di mana-mana saja.
                Kejadian sebulan lalu mula menayangkan cerita pilu. Aku pejamkan mata sesaat dua. Cuba untuk memadamkan ingatan itu. Control+Alternate+Delete!
                Ingat Kiah; Allah takkan menguji sesuatu itu tanpa sesuai dengan kesanggupan hambaNya.
Allahuakhbar...
                Kenapa Dia menguji?
                Supaya kita sentiasa berpaling kepada Dia.
                Supaya kita sentiasa merayu hanya pada Dia.
                Supaya kita sentiasa ingat, Dia takkan pernah menjauh.
                Kerana kasih sayang Dia sentiasa mendahului kemurkaanNya.
                “Ready?”
                Lelaki berkumis nipis ini menyapa aku dengan lembut. Bibirnya menarik senyum manis. Aduh, masa ini pula aku boleh tertawan sesaat dengan senyuman dari lelaki ini. Harap-harap senyumnya ikhlas ya.
                Sekali lagi dia check keselamatan peralatan yang terpasang pada tubuh aku.
                “Check!”
                Ibu jarinya diangkat. Aku kini dalam keadaan bersedia. Lafaz bismillah meniti pada bibir aku. Pejamkan mata. Kosongkan fikiran. Nikmati hidup ini dengan sebaik-baiknya. Moga cerita sedih dalam hidup seorang Kiah pergi dibawa angin yang laju!
                Moga-moga juga hidup aku akan berakhir dengan tawa gembira.
                Dan, tiba-tiba ada air mata mengalir setitis di pipi.
                Tahu-tahu ada yang mengesatnya. Cepat sahaja aku celikkan mata. Eh?
                “Jangan takut, hidup ini kena berjuang!”
                Bisik lelaki itu seraya tersenyum menawan. Lagi!
                Aku angguk. Buka mata seluasnya.
                “Ready?”
                Angguk.
                “Go!”
                Dengan kelajuan zipling 60kmh, aku merentas lautan dan menikmati keindahan pulau dan air laut yang membiru. Laju. Laju. Dan... laju!
                Selaju coral flyer ini aku cuba memadamkan memori tentang seorang lelaki dan bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam hidup ini kita harus berjuang untuk menikmati hidup ini.
                Jangan tunggu mati dengan sia-sia!
                Benar, mati itu bila-bila masa saja!
                Sama ada kau bersedia atau tidak, maut takkan terlewat mahupun tercepat sesaat!
                Kau perlu berjuang untuk hidup dengan lebih berbahagia!

No comments:

Post a Comment