Thursday, September 1, 2016

1

Bab 1

Positif!
Positif!
Positif!
Rasanya suara doktor terngiang-ngiang beribu kali dalam kepala aku. Macam direkod dalam smule. Puas aku nak hilangkan tapi tetap sahaja ia menyesakkan deria dengarku. Dengan langkah separuh merana, aku halakan kaki mengikut rasa hati.
Sampul surat berwarna coklat itu aku peluk erat-erat. Air mata yang berjurai menuruni pipi aku, cepat-cepat kuseka dengan hujung selendang. Berselisih dengan manusia lain, aku tundukkan kepala. Tidak mahu menayangkan muka orang yang sudah hilang keyakinan untuk hidup ini pada umum.
Pada segala saraf dan otot yang kerhubungkait dengan air mata, aku berpesan dengan hati merayu. Tolonglah, air mata aku walau luruh macam hujan di musim tengkujuh sekalipun takkan mampu untuk mengubah kisah yang telah jadi.
Penat hati pesan pada saraf supaya bekerjasama sesama mereka, jangan menangis! Cukup, cukuplah buat aktiviti pembaziran air mata tu.
Tapi, itulah.
Degil!
                Kawasan tadahan airmata aku ni sudah melepasi zon kritikal kontang, dah tak ada span yang boleh serap lebihan air mata yang melimpah sejak tadi lagi. Haih. Hujung selendang pun sudah basah. Kalau perah boleh ditadah gamaknya air mata aku ni. Puteri Gunung Ledang boleh buat hantaran kepada Raja Melaka dengan air mata anak dara aku ini, agaknya.
                Langkah kaki betul-betul terhenti di depan pintu masuk Café Gula Kapas Kayangan. Sedikit senget bibir aku. Ya, di dalam sana ada gula kapas untuk hidup aku. Yang akan mencairkan segala libang libu di dalam hati ini.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Mengesat saki baki air mata pada wajah dengan selendang. Cuba untuk tersenyum.
                Tawar!
                Tak apalah Kiah, kat dalam tu ada manisan.
                Be cool.
                Sometimes the best thing you can do is not think, not wonder, not imagine, not obsess. Just breathe, and have faith that everything will work out for the best!
                Sampul surat itu aku kepit di celah ketiak. Membetulkan selendang yang aku tahu sudah tidak kemas kejadiannya. Biarlah gula kapas aku nampak aku sebagai kekasih hati yang masih waras biarpun hati dirundung malang.
                Bibir aku paksa untuk senyum lagi
Sesaat kemudian, aku tepuk dahi. Boleh tak kalau aku nak patah balik ke rumah? Hati mula berbolak balik. Ada rasa yang kurang enak sedari aku melangkah keluar dari rumah tadi.
Aku meraup muka. Kalau bukan dengan orang aku kasihi sepenuh hati itu, dengan siapa lagi untuk aku berpaut di kala aku diacah dugaan maha hebat ini. Bertemu dengan si dia untuk mencurahkan segala rasa hati yang bersimpul adalah jalan terbaik untuk aku. Si dia yang aku sangat yakin mampu untuk menenangkan atma aku.
I was smiling yesterday, I’m smiling today and I’ll smile tomorrow. It’s simple because life is too short to cry for anything that’s worthless!
Wah, boleh bagi standing ovation dekat diri sendiri.  Alhamdulillah, peratus kewarasan diri meningkat dengan jayanya.
Senyum.
Hello Mr. Gula Kapas, I’m coming!
               
Dengan lafaz Bismillah, aku tolak perlahan pintu café yang berukir cantik. Sebaik sahaja menjejak ruangan café, aku disapa dengan hawa sejuk dari penghawa dingin. Pelanggan pula tidaklah terlalu ramai. Mungkin disebabkan masih baru pukul sembilan pagi. Terlalu awal untuk menikmati macaroon yang manis. Mataku meliar mencari susuk tubuh yang sangat aku rindui setelah hampir tiga minggu tidak berjumpa.
                “Eh, Kak Keeira.”
                Aku disapa seorang pelayan café yang kemas berseragam merah jambu itu. Bibir mengoyak senyum paksa. Tentu sahaja aku dikenali. Buah hati tuan punya cafe comel ini. Malah, kata Mr Gula Kapas akulah orang kuat pada keindahan cafe ini.
                Tidak perlu ditanya, tentu sahaja kedatangan aku mahu menemui Mr Gula Kapas yang dirindui itu. “Abang Ed dekat sana.” Jarinya menghala kea rah ruangan penyediaan hidangan. Aku angguk dan kaki melangkah dengan tenang yang dibuat-buat. Jantung mula berdengup dengan lebih laju. Aduhai... kalau aku jatuh tersungkur di sini, malulah. Sabar. Tenang. InshaAllah... semuanya akan baik-baik saja.
                Mr Gula Kapas, kan ada!
Sampai sahaja di hadapan pintu jenis tolak tanpa kunci, langkahku terhenti. Sampul surat berwarna coklat itu aku tatap sekali lagi. Tubir mata kembali panas. Gagal lagi untuk menenangkan hati sendiri!
Cool, Kiah!
Mr Gula Kapas sedang menanti. Hamburkan segala rasa pada dada dia.
                Keluhan berat aku lepaskan. Rasa libang libu yang bertamu aku cuba benam jauh-jauh dalam hati ini. Setiap penyakit ada ubatnya, Kiah. Mungkin Edroos akan berusaha untuk mencari ubat mujarab. Edroos kan dah Berjaya, walau apa pun yang jadi, dia tetap akan bersama dengan aku.
                Itu janji seorang Edroos dan aku akan pegang.
                Sampai bila-bila!
                Senyum.
Edroos, kan suka tengok aku senyum!
Pintu itu aku tolak sedikit dan telinga menangkap suara ketawa manja seorang perempuan berselang-seli dengan suara Edroos. Aku menelan air liur yang terasa payau pada tekak. Jantung berdebar semakin sumbang ritmanya. Umpama gitar kapok terputus tali.
                “Cantiklah.”
                “Macaroon bentuk hati, special for you.”
                Aku gigit bibir sendiri dengan kuat. Masa ini, terbang melayang rasa tenang yang tersisa. Perasaan aku bercampur baur.
                “Simbolik macaroon bentuk hati ini adalah I Love You.
                Suara Edroos manja. Ouch! Aku rasa jantung aku gugur sekarang.
                “Really?”
                “I Love You, my honey bunny!”
                Tawa manja yang kedengaran cukup membuatkan hati aku bagai disiat-siat. Sampul surat itu aku tergenggam dengan kuat hingga hampir sahaja renyuk.
Ya Allah, dugaan apa lagi yang bakal Kau korbankan sisa-sisa kekuatan yang ada?
                Cukup!
Aku menjerit di dalam hati dan tangan terus menolak dengan kuat pintu itu. Pasangan itu mati terus tawa sebaik sahaja ternampak aku. Dalam hati aku beristighfar.
                Ya Tuhan, jangan jadikan aku seorang pembunuh hari ini!
                “Keeira!”

Setapak demi setapak, aku mengundur ke belakang. Akhirnya au berpaling dan  mengatur langkah keluar. Semakin lama semakin laju dan semakin laju. Berlaga bahu dengan beberapa orang manusia juga tidak mampu untuk aku mengungkapkan kata maaf.
Biarkan.
Biarkan mereka mengatakan aku gila.
Gila kalau aku sanggup menunggu dan menyaksikan lagi wayang jijik itu. Aku tidak mahu berpaling lagi biarpun aku dengar sayup-sayup Edriez melaungkan nama aku. Panggillah sekuat manapun aku takkan kembali berpaling kepada lelaki itu. Takkan!
Aku sentuh dada. Ouch! Sungguh, sakitnya itu memang di sini!
Tepat aku terpanah pada hati dengan kecurangan seorang kekasih hati.
Mengeletar jari jemari mencari kunci kereta di dalam beg tangan. Cepatlah… Cepatlah… Derap kaki yang semakin laju menghampiri aku. Suara Edroos kuat memanggil nama aku.
Akhirnya, aku Berjaya juga meloloskan juga diri ke dalam kereta dan lelaki yang telah menghancurkan hati aku ini sampai tepat pada masa aku menguncikan kereta secara automatik. CD player aku pasang. Kuat-kuat. Supaya tenggelam suara Edroos di luar yang memanggil dan mengetuk cermin kereta.
Air mata yang lebat meneruni pipi aku seka dengan kasar. Gear dimasukkan, kaki menekan pedal minyak. Dan, kereta meluncur laju meninggalkan kenangan hitam bersama si pelukisnya, Edroos.
Dari cermin sisi aku sempat aku jeling wajah kusut Edroos.
Terima kasih Mr Gula Kapas!
Yang sudah cair dan tiada lagi manisnya.

No comments:

Post a Comment